kasut kesihatan kasut sihat  hdl

Selamat Pagi Malaysia-TV1 1/9/2016

kasut kesihatan kasut sihat ta

Kasut Kesihatan adalah kasut yang sihat yang mampu menjaga kesihatan kaki.

Kaki merupakan anggota tubuh antara yang terpenting dalam kehidupan kita, namun ia kurang diberi perhatian yang serius kerana kebanyakan kita lebih memberi keutamaan kesihatan kepada anggota tubuh yang lain.

Fungsi kaki menjadi tunjang utama yang mengerakkan badan seseorang terutama untuk berjalan dan berlari. Walaupun kita sihat, jika kaki tidak kuat menyokong beban badan, terasa nikmat hidup ini serba kekurangan kerana kita tidak bebas untuk bergerak.

kasut kesihatan kasut sihat - ks

Nikmat memiliki sepasang kaki begitu tinggi nilainya, oleh itu kasut atau selipar yang digunakan perlu sesuai untuk memberi kelangsungan kepada kesihatan kaki kita. Kasut yang kita perlukan adalah kasut kesihatan atau kasut sihat. Pernah tak ketika kita berjalan-jalan, tiba-tiba kaki kita terasa sakit di kawasan tapak kaki, tumit, otot kaki atau lutut dan kadangkala hingga ke pinggang.

Kenapa? Kerana sewaktu kita berjalan, telah berlaku tekanan dan hentakan antara kaki kita dengan lantai. Dalam masa yang sama, lantai memantul semula hentakan ke kaki kita. Jika tekanan, hentakan dan pantulan itu berlaku dalam tempoh yang berpanjangan, ia akan memberi kesan tidak selesa atau kesakitan kepada anggota kaki kita, sila lihat diagram dibawah untuk lebih memahami.

kasut kesihatan kasut sihat tkn

Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan. Tetapi kalau kita terus menerus menyiksa kaki dengan kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya, lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.

Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.

kasut kesihatan kasut sihat urat

Sememangnya kaki kita merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki kita akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah. Keperluan memakai kasut kesihatan atau kasut yang sihat sangat diperlukan.

Dengan tekanan, hentakan dan pantulan yang berlaku ketika beridiri dan berjalan kaki, kita boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan kita yang dikenali shin splint dan seterusnya boleh memberi kesan kepada sakit pinggang, sakit tulang belakang dan hinggalah sakit bahu dan leher. Ini adalah kerana di tapak kaki kita mempunyai pelbagai saraf yang saling berhubungan dengan anggota badan yang lain.

kasut kesihatan kasut sihat

Situasi ini berlaku untuk manusia yang berat badan normal. Jika dikalangan kita yang mempunyai berat badan berlebihan dan masalah kesihatan lain seperti diabetes atau gout, pemeliharaan yang lebih perlu diberikan keutamaan kepada kaki untuk mengelak masalah lain yag lebih serius. Pemilihan kasut kesihatan atau kasut yang sihat akan membantu kita mengatasi masalah tersebut.

Kita perlu berjalan setiap hari, kadang-kadang terpaksa berlari. Bagaimana untuk kita mencegah daripada masalah kesakitan kaki berlaku? Pakaian yang sangat penting untuk mencegah kesakitan pada kaki adalah kasut, iaitu dengan memakai kasut kesihatan.

kasut

Kasut merupakan pakaian yang memberi perlindungan pertama kepada kaki kita. Tetapi kasut yang bagaimana? Sudah tentulah kasut kesihatan atau kasut sihat lagi menyihatkan.. Kita semua memakai kasut, tetapi ada sebilangan daripada kita tetap mengalami kesakitan pada kaki ketika berjalan atau berdiri lama.

Ada sesetengah daripada kita terutamanya golongan wanita memakai kasut untuk kelihatan bergaya, cantik, tinggi dan seksi tetapi disebaliknya menyiksa kaki jika kasut yang dipakai tidak mencegah kepada berlakunya tekanan, hentakan dan pantulan yang berlaku ketika berdiri dan berjalan kaki. Ini adalah contoh kasut yang tidak sihat.

highhill

Untuk memastikan masalah kesihatan kaki ini terus menyiksa kita, maka carilah kasut kesihatan yang selesa dengan kaki kita dan yang lebih penting, pilihlah kasut kesihatan yang mempunyai ciri-ciri pemeliharaan kesihatan kaki yang maksimum. Berikut adalah antara ciri kasut kesihatan yang baik untuk kesihatan kaki anda;

  • Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau tidak melebihi 1 inci
  • Memilih kasut kesihatan yang sesuai mengikut aktiviti fizikal,
  • Badan kasut kesihatan yang lembut dan fleksibel supaya dapat serasi dengan saiz kaki,
  • Bunga atau tapak kasut kesihatan yang mempunyai grip yang baik untuk elak dariapada tergelincir,
  • Penyokong yang elastik di bahagian lengkungan dalam (arc) dan
  • Pelapik dalam kasut kesihatan atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki dan mengurangkan hentakan
  • Badan kasut kesihatan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk elak kaki berpeluh dan berbau.

cantikvssihat

Hasil daripada kepakaran teknologi tempatan yang digabungkan dengan inovasi teknologi luar, maka terciptalah kasut kesihatan yang mampu memelihara kesihatan kaki yang maksimum. Bahan pembuatan kasut kesihatan terdiri daripada;

  • Poron        – menyerap hentakan terbaik
  • Latex – mempunyai fungsi grip yang terbaik dan mengurangkan hentakan pada kaki
  • Kulit mikro fiber – sangat elastik dan boleh melaraskan saiz kaki anda
  • Arc latex – memberi sokongan tapak kaki yang baik dan mudah dilenturkan dan tidak mudah patah
  • Fabrik Coolmax – memberi pengudaraan yang terbaik kepada permukaan dalam kasut supaya kaki anda selesa

material1

hubungi

Teknologi Poron dari Amerika Syarikat sangat unik dan menjadi nadi utama kepada pembuatan kasut kesihatan. Pelapik dalam kasut (insole) inilah yang diperbuat daripada poron iaitu bahan yang memiliki ciri istimewa untuk menyerap tekanan, hentakan dan pantulan kepada kasut kesihatan. Dengan penyerapan yang maksima ini akan membantu kurangnya impak kepada anggota kaki yang lain. Untuk memahami lebih lanjut bagaimana bahan poron ini bertindak ketika kita berjalan, sila lihat video berikut;

Ujian 1
Ujian ini dibuat ke atas sebiji bola bowling yang dilontarkan dari ketinggian 20 meter ke atas Poron (kasut kesihatan) dan pelapik biasa. Cuba lihat ketinggian pantulan balik bola bowling tersebut dan bilangan pantulan yang berlaku.

Betapa istimewanya serapan hentakan dan pantulan yang dimiliki oleh Poron (kasut kesihatan) berbanding dengan pelapik biasa lain.

Ujian 2
Ujian ini dibuat ke atas pelapik Poron (kasut kesihatan) dan pelapik biasa yang mana di bawahnya terdapat batu bata. Bola bowling dilepaskan pada ketinggian sama selama 3 kali.

Kesannya, pelapik Poron (kasut kesihatan) mampu melindungi batu bata daripada pecah kerana Poron (kasut kesihatan) mampu menyerap tekanan dan hentakan daripada bola bowling berbanding pelapik lain. Walaupun hentakan 3 kali, batu bata masih steady dan tidak pecah dan sebaliknya, pelapik biasa tidak mampu menahan 2 kali hentakan bola bowling yang menyebabkan batu bata pecah.

Ujian yang seumpama juga dilakukan dalam suasana yang berbeza. Lihat betapa kuatnya fungsi Poron (kasut kesihatan) untuk menyerap hentakan bola bowling dan seterusnya melindungi batu bata daripada pecah berbanding pelapik biasa.

Kasut Kesihatan merupakan kasut yang berbeza dengan kasut lain kerana bahan yang digunakan pada kasut kesihatan mampu memberi perlindungan maksima kepada kesihatan kaki dari tapak kaki sehingga ke bahagian pinggang. Dengan fungsi yang dinyatakan di atas, terutamanya teknologi Poron menjadikan kasut kesihatan mampu memberi perlindungan maksima kepada kaki kita.

Dengan fungsi utamanya menyerap semula pantulan lantai kepada anggota kaki, ianya dapat memelihara saraf, otot dan sendi daripada tercedera dan tidak memberi kesakitan kepada kaki kita sewaktu berdiri lama atau berjalan kaki. Oleh itu kita bebas untuk berdiri dan berjalan dalam tempoh masa yang lama tanpa memberi kesakitan kepada kaki.

Hanya berbelanja untuk membeli kasut kesihatan yang sesuai seperti kasut kesihatan ini, ianya membantu anda untuk memelihara kesihatan kaki dan seterusnya menjimatkan anda untuk berbelanja memelihara kesihatan anggota badan yang lain seperti kesihatan otot, lutut dan pinggang.

kasut kesihatan kasut sihat %

Ya memang terbukti berkesan di dalam pemeliharaan kesihatan kaki. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan kepada pemakai kasut kesihatan ini, hanya dalam tempoh 30 hari dapat melegakan kesakitan atau ketidakselesaan kaki si pemakainya. Antara pelanggan kami yang sporting yang sudi memberikan perasaan mereka selepas memakai kasut kesihatan adalah seperti berikut;

kasut kesihatan kasut sihat manafaat1

 

Semua pelanggan kami memberi respon yang positif tentang kasut kesihatan;

Ya, nyata terbukti bahawa kasut kesihatan mampu mengubah kehidupan seharian mereka menjadi insan yang lebih baik terutamanya pada kesihatan kaki yang tidak lagi sakit, tidak lagi kurang selesa dan tidak membazir membeli pelbagai kasut lain yang tidak mampu menghentikan kesengsaraan kaki mereka. Kasut kesihatan… jasanya sangat tidak ternilai berbanding kasut lain.

Apa tunggu lagi, pelaburan wang anda untuk pemeliharaan kesihatan kaki ini sangat berbaloi berbanding dengan anda membazirkan banyak wang untuk beberapa kasut yang kurang selesa dipakai dan menyiksa kaki anda.

Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jika kaki anda sakit, jangan berlenggah lagi sehingga anda terpaksa mengambil ubat tertentu untuk mengubati kaki anda. Dengan memakai kasut kesihatan, anda tidak lagi kerap ke klinik untuk membuat rawatan susulan terhadap kesihatan kaki anda. Terbukti berkesan.

kasut kesihatan kasut sihat

Jika anda telah mendapat info tentang apa itu kasut kesihatan, apa materialnya dan yang paling penting bagaimana material kasut kesihatan berfungsi untuk memelihara kesihatan kaki anda, tidak rugi untuk anda mencuba sepasang kasut kesihatan untuk mengetahui kesan kesihatan kepada kaki anda. Ayuh jangan berlenggah lagi, dapatkan sepasang untuk anda atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang memerlukannya.

Sila teruskan hasrat murni anda untuk memelihara kesihatan kaki anda dengan menghubungi wakil kami untuk mendapatkan sepasang kasut kesihatan untuk diri sendiri, keluarga dan sahabat handai anda..

kasut kesihatan kasut sihat hubungi

atau datang terus ke Pejabat Kami di alamat;
Unit Dagang & Pemasaran UNIKEB,
Aras 1, Wisma UNIKEB,
43600 UKM, Bangi, Selangor.
Tel : 03-8921 4026/4022